Puisi KHALIL GIBRAN (1833-1931) - Kehidupan
Engkau dibisiki bahawa hidup adalah
kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah
dituturkan padamu
penuh kebimbangan
Kuwartakan padamu bahawa hidup
adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila
tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan
kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta
Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah
menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia
lain
Dan wujud Tuhan.