RSS Feed

Puisi KASIH SAYANG DAN PERSAMAAN : Khalil Gibran

Posted by Unknown Labels:

Puisi KASIH SAYANG DAN PERSAMAAN : Khalil Gibran

Sahabatku yang papa, jika engkau
mengetahui, bahawa Kemiskinan yang
membuatmu sengsara itu mampu
menjelaskan pengetahuan tentang
Keadilan dan pengertian tentang
Kehidupan, maka engkau pasti berpuas
hati dengan nasibmu.
Kusebut pengetahuan tentang
Keadilan : Kerana orang kaya terlalu
sibuk mengumpul harta utk mencari
pengetahuan. Dan kusebut pengertian
tentang Kehidupan : Kerana orang yang
kuat terlalu berhasrat mengejar
kekuatan dan keagungan bagi
menempuh jalan kebenaran.
Bergembiralah, sahabatku yang papa,
kerana engkau merupakan penyambung
lidah Keadilan dan Kitab tentang
Kehidupan. Tenanglah, kerana engkau
merupakan sumber kebajikan bagi
mereka yang memerintah terhadapmu,
dan tiang kejujuran bagi mereka yang
membimbingmu.
Jika engkau menyedari, sahabatku
yang papa, bahawa malang yang
menimpamu dalam hidup merupakan
kekuatan yang menerangi hatimu, dan membangkitkan jiwamu dari ceruk
ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.
Kehidupan ialah suatu rantai yang
tersusun oleh banyak mata rantai yang
berlainan. Duka merupakan salah satu
mata rantai emas antara penyerahan
terhadap masa kini dan harapan masa
depan. Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah.
Sahabatku yang papa, Kemiskinan menyalakan api
keagungan jiwa, sedangkan kemewahan
memperlihatkan keburukannya. Duka
melembutkan perasaan, dan Suka
mengubati hati yang luka. Bila Duka
dan kemelaratan dihilangkan, jiwa
manusia akan menjadi batu tulis yang
kosong, hanya memperlihatkan
kemewahan dan kerakusan.
Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah
peribadi sejati Manusia. Tidak dapat
ditukar dengan emas; tidak dapat
dikumpul seperti harta kekayaan.
Mereka yang mewah sering
meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.
Orang muda sekarang jangan sampai
meninggalkan Keimananmu, dan hanya
mengejar kepuasan diri dan
kesenangan semata. Orang-orang papa
yang
kusayangi, saat bersama isteri dan
anak sekembalinya dari ladang
merupakan waktu yang paling mesra
bagi keluarga, sebagai lambang
kebahagiaan bagi takdir angkatan yang
akan datang. Tapi hidup orang yang
senang bermewah-mewahan dan
mengumpul emas, pada hakikatnya
seperti hidup cacing di dalam kuburan.
Itu menandakan ketakutan.
Air mata yang kutangiskan, wahai
sahabatku yang papa, lebih murni
daripada tawa ria orang yang ingin
melupakannya, dan lebih manis
daripada ejekan seorang pencemuh.
Air mata ini membersihkan hati dan
kuman benci, dan mengajar manusia
ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kautaburkan bagi si kaya,
dan akan kau tuai nanti, akan kembali
pada sumbernya, sesuai dengan Hukum
Alam. Dan dukacita yang kausandang,
akan dikembalikan menjadi sukacita
oleh kehendak Syurga. Dan angkatan
mendatang akan mempelajari Dukacita
dan Kemelaratan sebagai pelajaran
tentang Kasih Sayang dan Persamaan.
(Dari 'Suara Sang Guru')

0 comments:

Post a Comment

pengobatanambeientradisional.wordpress.com | pengobatanpenyakitbatuempedu1.wordpress.com | Obat Varises | obatradangotak10.wordpress.com